[TIPS] - PILIHAN BESI YANG SESUAI UNTUK ANDA | SMARTGATE INFO


[TIPS 5] – FAKTOR PEMILIHAN BAHAN UNTUK GATE

Pilihan yang bijak menjadi keutamaan dalam pembuatan Gate dirumah anda, memang benar dalam keadaan ekonomi yang tidak stabil ini membuatkan ramai yang memilih untuk menghala ke budget yang murah, akan tetapi sebelum anda membuat keputusan tersebut, mari kita lihat dahulu beberapa factor utama yang harus anda tahu mengenai bahan pada Gate rumah anda. 4 faktor utama dalam pemilihan bahan ini adalah budget, ketahanan, kekuatan dan tujuan.

Bijak berbelanja mampu menyelamatkan anda

Kunci utama yang harus anda lihat adalah budget, memang ramai sukakan yang budget akan tetapi anda harus tahu bahawa tidak semua yang budget itu berkualiti. Jika boleh anda amat disarankan untuk meletak sesebuah budget yang tersendiri dimana budget tersebut akan ada anggaran tambahan atau pengurangan. Seperti contoh budget utama anda adalah RM3000, saranan untuk meletakkan tambah dan tolak RM1000 untuk penambahbaikan jika perlu. Jadi disini jumlah maksimum yang harus anda ada adalam RM4000 manakala budget anda boleh turun sehingga RM3000 hingga ke RM2500 (bergantung pada harga semasa).

Meletakkan sasaran Budget serta anggaran kasar

Walaupun ketahanan jarang dilihat bahkan disalah anggap dengan kekuatan, akan tetapi ketahanan bahan adalah kebolehan sesuatu bahan itu untuk tahan terhadap cuaca yang buruk. Dalam keadaan Negara yang kerap hujan dan panas berpanjangan, ketahan harus dijadikan kunci dalam pemilihan bahan seperti contoh jika dibandingkan Stainless steel dan Metal, sememangnya Stainless steel mampu bertahan lebih lama kerana sifat tahan karat dapat membantu untuk bertahan lebih lama berbanding Metal.

Melakukan kajian berbentuk online dan lain-lain

Kekuatan sesebuah gate ini bergantung pada bahan yang dipilih. Akan tetapi tidak semua yang elok itu terbaik untuk kita, jadi anda perlu bijak memilih serta mempunyai sedikit pengetahuan asas mengenai besi ini. Paling mudah ialah sifat besi seperti Stainless steel ini adalah yang terbaik, diikuti dengan Wrought Iron dan akhir sekali Metal. Tetapi ingin ditegaskan bahawa Metal ini bukanlah tidak mempunyai ketahanan, tetapi ia tidak lah sebegitu kuat dibandingkan dengan Stainless Steel

Bertanyakan pendapat terhadap projek yang ingin dibuat

Akhir sekali, tujuan anda membuat gate ini, adakah ia kerana inginkan kecantikan semata-mata ataupun inginkan keselamatan dijamin. Bahan jenis Metal ini amat kena pada anda yang mempunyai kekangan budget tetapi masih mampu membuat Autogate, dibandingkan dengan Wrought iron ini pula sesuai dengan reka bentuk yang berbunga-bunga atau “fancy”. Manakala Stainless Steel adalah bahan yang merangkumi semua kecuali rekaan berbunga agak sukar untuk dibuat.

No comments:

Post a Comment