[TIPS 3] –
PEMILIHAN REKA BENTUK
Reka bentuk
terkini menjadi pilihan ramai dan anda perlu tahu reka bentuk yang mana patut
anda pilih untuk kesesuaian rumah anda. Kesemua reka bentuk ini perlu
dilampirkan dengan kekemasan kerja yang tinggi termasuk dari sudut penyambungan
yang dibuat, dimana ia perlu dikemaskan agar ia kelihatan lebih menarik setelah
dicat dan kena pada ukuran yang dibuat supaya tidak lari dari ukuran asal
1 1) Modern
Design
Reka bentuk moden ini lebih digemari kerana TIDAK memerlukan masa yang
lama untuk dibuat serta ia bersesuaian dengan mana-mana jenis rumah. Kebiasaan
kita lihat bentuk moden ini dengan susunan besi secara melintang dan mempunyai
selangan 2 inci. Lebih mudah dan amat selesa dipandang kerana tidak mempunyai
reka bentuk yang begitu kompleks.
SMARTGATE METAL DESIGN |
2 2)
Flower / Fancy
Bebunga adalah reka bentuk klasik yang juga menjadi permintaan kini,
diikuti dengan warna seakan-akan emas atau kuprum, menjadikan isi rumah lebih
“old school” dan amat menarik. Akan tetapi reka bentuk ini hanya boleh dibuat
bersama bahan jenis Wrought Iron kerana keboleh bahan tersebut untuk dibentuk.
Jika pada Gate rumah, kelihatan warna seperti putih amat disarankan kerana
lebih netural kepada semua.
SMARTGATE WROUGHT IRON DESIGN |
3 3)
Steel
Finished
Jarang kita lihat Gate rumah tidak dicat, akan tetapi jika menggunakan
bahan seperti Stainless Steel, kebiasaan ia tidak dicat untuk mengekalkan sifat
berkilat bahan tersebut. Konsep yang hampir sama dengan Modern Design, akan
tetapi finishing yang dibuat akan membuatakan rumah lebih berkilat dari
sebelumnya.
SMARTGATE STAINLESS STEEL DESIGN |
Sudah jelas
dengan semua tips yang diberi? Bagus, jangan lupa untuk terus bersama kami di
[TIPS 4] untuk mengetahui kaedah penjagaan Grill di rumah agar tidak berkarat
dan bertahan lebih lama dari sebelum ini.
No comments:
Post a Comment