[TIPS] - CARA-CARA MENJAGA GATE | SMARTGATE CARE


[TIPS 4] – KAEDAH PENJAGAAN GATE RUMAH

Berkarat sudah pasti menjadi musuh utama kepada anda, dan semestinya ia akan menjadikan rumah anda kelihatan using dan tidak cantik. Jadi dengan kesempatan ini kami ingin kongsikan sedikit tips dalam KAEDAH PENJAGAAN GATE RUMAH

1   1)    Cuci Gate Rumah

Cuci kan Gate rumah anda setidaknya setahun sekali (sebelum raya) tanpa penggunaan sabun kerana dengan mencuci ia membantu menanggalkan karat yang besar dan tebal dimana ia susah untuk ditanggalkan jika tidak dicuci. Habuk juga akan tertanggal dan rumah akan sentiasa kelihatan baru selepas dicuci

Mencuci sekurang-kurangnya 2 kali setahun
2   2)    Cat Semula

Jika ada kelihatan beberapa kawasan di Gate yang mula mengelupas cat, tanggalkan cat tersebut menggunakan kertas pasir, dan ratakan semula dengan cat sama ada menggunakan berus ataupun spray.  Pastikan kesan karat itu tertanggal dan tiada sisa cat lama pada Gate tersebut sebelum mengecat agar hasil kekemasan akan kelihatan lebih elok dan bertahan lama

Mengecat bahagian yang berkarat

3    3)    Minyak Anti Karat

Dengan sedikit budget, anda boleh memperoleh minyak anti karat yang boleh digunakan di kawasan yang kerap berkarat seperti Gate diluar rumah ataupun tingkap dapur. Ratakan minyak anti karat pada Gate agar air tidak dapat menembusi bahan dan Gate akan bertahan lebih lama tanpa karat

Penggunaan WD-40 adalah mudah dan murah
Sedikit tips ini dapat membantu anda dalam pejagaan Gate dirumah. Setidaknya ia boleh dijadikan sedikit aktiviti bersama keluarga dan dapat membantu untuk jangka masa yang lama. Nantikan [TIPS 5] berkaitan FAKTOR PEMILIHAN BAHAN UNTUK GATE mana yang lebih elok akan datang.

1 comment: