[TIPS] - MANA YANG BAGUS, AWNING ATAU PERGOLA? | SMART AWNING


[TIPS 6] - Persepsi Teduh, Awning Atau Pergola?

Dalam keadaan Negara Malaysia yang bercuaca panas dan hujan tidak menetu, pasti anda pernah tertanya, mana yang patut anda lakukan dirumah anda, sama ada awning atau pergola? Jadi topic yang dikira menarik patut dikupas untuk anda kali ini

Kelebihan awning, murah dan cepat dipasang

Jadi sebelum pergi jauh mendalam, ingin dikongiskan dahulu apa itu awning dan pergola. Secara mudah, Awning adalah atap tambahan yang diperbuat daripada Zink. Berstrukturkan rangka besi dibahagian dalam, zink ini akan menjadi paying utama untuk memastikan hari-hari hujan anda lebih kering dan selamat untuk diduduki. Jika dibincangkan isu harga, maka Awning sememangnya murah dan berpatutan untuk dibuat, akan tetapi anda harus ingat bahawa ia akan menghasilkan bunyi yang agak kuat jika berlaku hujan

Contoh Smart Awning yang dipasang di Bangi

Pergola pula adalah bumbung tambahan yang kebiasaanya leper dan mempunyai tambahan Polycarbonate atau plastic bagi tujuan mengurangkan panas dan mempunyai reka bentuk yang lebih menarik dibandingkan Awning. Harus diingatkan bahawa harga Pergola ini sedikit mahal akan tetapi kecantikan dan ketahananya harus juga diberi perhatian

Pemasangan Smart Pergola lebih kemas dan sekata

Berbalik pada isu sebenar, mana yang lagi berbaloi Awning atau Pergola? Sememangnya pergola menjadi buruan ramai yang ingin menjalankan projek renovasi dirumah dan jika anda berada dalam lingkungan budget yang ketat, maka Awning boleh menjadi sasaran seterusnya kerana reka bentuknya yang mudah serta harga jauh lebih murah pasti anda akan mendapat hasil yang hamper sama dengan Pergola

Lebih menarik dengan reka bentuk yang pelbagai



No comments:

Post a Comment