[TIPS] - JENIS-JENIS CAT | SMARTGATE POWDERCOAT


[TIPS 2] – PEMILIHAN CAT

Setelah anda memilih bahan untuk dibuat Gate, maka langkah seterusnya adalah mengenakan bahan cat yang sesuai dengan suasana rumah anda. Cat ini sememangnya menjadi bahan kedua terpenting setelah bahan kerana cat yang betul bukan sahaja mencatikkan binaan, bahkan ia juga seiring menjadi pelindung kepada bahan yang bakal digunaakan dari cuaca yang buruk.

Pemilhan warna cat sememangnya bergantung kepada Tuan rumah, akan tetapi tidak salah jika disarankan untuk menggunakan warna PUTIH kerana warna tersebut lebih stabil dan sesuai dengan segala isi rumah. Penggunaan warna gelak seperti HITAM atau KELABU juga sesuai jika ruang kawasan ada banyak kemasukan cahaya.

Kaedah pengecatan juga memberi factor utama kepada ketahanan bahan binaan kerana ia akan bertindak sebagai pelindung kepada bahan utama anda.

1   1)    Spray

Cat kaedah Spray ini akan semestinya MURAH dan KEMAS. Warna yang dipilih juga akan menjadi sekata dari awal hingga ke hujung. Akan tetapi dari masa kesemasa anda akan mendapat kelihatan cat tertanggal atau terkupil. Jadi pastikan kawasan yang dicat sentiasa dilap atau dikemaskan agar ia bertahan lebih lama


Kaedah spray paint yang biasa digunakan
2   2)    Berus

Kaedah konventional ini memang kerap kita lihat dimana-mana, kos yang sememangnya murah menjadi pilihan ramai. Tetapi mengecat menggunakan berus ini memerlukan Skill yang tersendiri serta kesabaran kerana dibandingkan dengan kaedah Spray, cat berus ini akan menjadi tidak sekata. Jadi disarankan agar cat berus ini hanya untuk proses “touch-up”

Kehalusan kerja memberus memakan masa dan kecekapan

3   3)    Powder Coating

Mungkin ada yang tahu, Powder Coating adalah kedah yang paling mujarab dalam mengekalkan kualiti bahan binaan anda kerana Powder Coating ini lebih SEKATA dan KEMAS berbanding kaedah lain. Selain ini proses ini juga diulang beberapa kali agar bahan binaan anda mendapat lapisan cat yang tebal serta TAHAN LEBIH LAMA

pantas, tahan lama dan lebih efisyen
Selesai dalam pemilihan cat, mudah bukan? Jadi apabila selesai dengan pemilihan cat, semestinya anda tertunggu-tunggu dengan pemilihan REKA BENTUK untuk Grill rumah anda, jom nantikan update kami di [TIPS 3] akan datang


No comments:

Post a Comment