3 TIPS MUDAH MENJAGA AUTO GATE ANDA
|
Pada zaman kini,
kebanyakkan orang di luar sana memilih system Auto gate untuk rumah mereka.
Auto gate sudah menjadi satu keperluan yang sangat penting pada hari ini. Dengan
menggunakan system auto gate terdapat banyak kelebihan apabila kita menggunakannya.
Antaranya ialah, memudahkan kita membuka dan
menutup gate sewaktu hujan, mempercepatkan kita menutup dan membuka gate serta keselamatan
kediaman rumah kita selamat dan juga dapat mengelakkan dari apa apa yang buruk
berlaku kepada keluarga kita.
Ha mesti anda ingin
tahu macam mana auto gate rumah anda tahan lama?
Mari Abg Adi
kongsikan!
CARA PENJAGAAN
AUTO GATE ANDA!
1.
Pastikan pagar rumah anda buka sepenuhnya
Jangan ambil mudah
dengan perkara ini kerana apabila anda membuka ia boleh terjadi gate anda itu
terhenti dengan sendirinya. Pergerakkan gate kita tidak akan dijangka pagar
akan terhenti secara tiba -tiba. Oleh itu, anda perlu berhati hati dengan
perkara ini. Ini kerana, ia akan berlaku pelanggaran di pagar sewaktu anda
ingin undur kenderaan kerana tidak berhati hati dengan persekitaran. Kita juga
dapat mengelakkan kemalangan yang berlaku .
2.
Biarkan pagar berhenti dengan sendiri ketika
tekan remote atau Control panel dalam rumah
Sangat penting kita
biarkan auto gate buka atau tutup dan berhenti dengan sendiri supaya pagar kita
akan tahan lama. Selepas anda menekan butang remote anda perlu tunggu sekejap
dan biarkan auto gate buka atau tutup dengan sendirinya. Ia dapat mengurangkan risiko mudah rosak pada
gear arm dan control board.
3.
Sentiasa membuat simple check up sebulan sekali
Kita sangat
digalakkan supaya melakukan check back-up battery sama ada ia berfungsi ataupun
tidak. Mesti anda tertanya tanya ”bagaimana nak check?”
Senang je , anda perlu
matikan suis (DB dalam rumah) selepas itu, on suis elektrik macam biasa gunakan
auto gate. Dengan langkah ini, auto gate anda sedang menggunakan tenaga
daripada back-up battery di dalam control box.
Apabila pergerakkan
auto gate anda perlahan ini kerana battery back-up anda lemah.
Itu sahaja
perkongsian daripada saya semoga bermanfaat kepada semua yang membaca ini.
Sekian, Terima
Kasih.
No comments:
Post a Comment