[INFO 8] - Jenis
Pergola dan Fungsinya
Pergola
datang dalam pelbagai jenis serta fungsinya, jadi perkongsian mudah hari ini
adalah berkenaan jenis-jenis pergola serta fungsinya. Diharapkan agar info yang
dikongsi ini akan memberi sedikit pencerahan kepada anda agar anda dapat
laksanakan projek renovasi atau upgrade akan datang
Solid poly dan kepelbagaian warna |
Secara umumnya pergola ini adalah bumbung tambahan yang digunakan bagi tujuan teduh dan halangan daripada hujan. Kebiasaanya kita akan kerap memperoleh Poly jenis Clear. Poly ini mempunyai permukaan yang telus cahaya dan nampak terus. Ia terdiri daripada perlbagai warna dan jenis clear ini harganya dikategorikan yang murah.
Jenis Emboss poly seakan-akan frosted glass |
Seterusnya adalah jenis Emboss adalah bahan Poly yang mempunyai permukaan seakan-akan berbatu. Permukaan pada Emboss ini mempunyai banyak faedah seperti menghalang cahaya daripada memasuki kawasan yang diteduh selain memberikan sedikit ruang privacy daripada orang luar.
Clear Poly dengan struktur yang kuat |
Selain itu, jenis poly Aluminium Composite adalah bahan yang terbaik dalam semua poly kerana sifat ketahanan dan kekuatan Aluminium Composite adalah jauh lebih tinggi dibandingkan dengan yang lain. Jadi disebabkan semua kelebihan itu, Aluminium Composite juga adalah yang termahal dan anda boleh bincangkan harga tersebut sebelum membuat apa-apa keputusan
Aluminium Composite mampu mengurangkan tarikan haba |
Jadi
bergantung pada apa yang anda inginkan serta budget, kedua-dua mempunyai
manfaat serta kelebihan tersendiri dan anda harus membuat pilihan yang bijak.
Bertanya kepada kontraktor berkenaan apa sasaran pembuatan Pergola anda dan
sedikit sebanyak mereka dapat mebantu anda dalam membuat pemilihan yang tepat
No comments:
Post a Comment