Percaya tak kalau Abg Adi cakap “senang
je sebenarnya nak cat pagar besi yang dah karat ni”.Tak percaya? Meh sini Abg Adi ajarkan.Cat pagar besi yang dah berkarat ni tak susah pun..lagi menjimatkan
duit adalah.Buat apa nak bazirkan duit upah orang sana sini semata-mata nak cat
pagar yang dah berkarat tu nak oiii.Okay..kat sini Abg Adi akan bagi tahu step by
step yang anda perlu buat untuk completekan task ni.Mula-mula, siapkan bahan atau keperluan
apa yang mesti kena ada:
pagar besi yang berkarat
-Berus dawai
-berus
- mini roller
-cecair
anti-karat
-cat primer
-cat biasa (ikutlah
warna apa yang anda suka)
-cecair thinner
-kertas pasir
Okay..yang ni
first step dia.First,berus pagar yang sudah berkarat tu dengan berus dawai.Berus
sampai dah tak nampak sangat permukaan yang berkarat tu atau yang masih ada
lagi warna cat yang lama.Tapi pastikan dulu tau pagar tu kering untuk
mempermudahkan urusan memberus.Lepas tu..untuk memastikan pagar tu betul-betul
licin tak ada karat dan warna cat lama,gunalah kertas pasir.Gosok betul-betul
sampai nampak besi pagar yang asal (tanpa warna).Dah settle semua tu..bersihkan
habuk-habuk atau sisa kotoran pada pagar itu semasa kerja menggosok yang dibuat tadi.
berus dawai untuk berus pagar yang berkarat
kertas pasir membantu melicinkan permukaan besi
Yang kedua,
gunakan cecair anti-karat dan beruskan pada pagar yang sudah kita bersihkan
tadi.Tujuan cecair ni adalah untuk menghalang besi agar tidak mudah
berkarat.Bukan nak cakap sampai bila-bila tak akan berkarat…cuma masa yang diambil
untuk besi tu karat nanti akan lama.Mungkin dalam 10 atau berbelas tahun baru
karat.Lepas itu..biarkannya kering selama 2 jam.Dah lepas berus cecair anti-karat
jangan lupa tau basuh berus tu cepat- cepat dalam air paip.
cat anti karat menghalang besi daripada berkarat pada waktu yang singkat
Seterusnya,lepas
dah tunggu selama 2 jam,beruskan pula pagar tu dengan cat primer.Tapi kena ingat ya,kalau anda pilih cat yang berwarna gelap maka pilihlah
juga primer yang berwarna gelap dan begitu jugalah sebalikya.
Langkah yang terakhir pula,setelah cat primer
tu sudah kering,cat pula pagar dengan cat biasa.Cat pagar menggunakan mini
roller dan berus yang bersaiz kecil(untuk berus bahagian celah-celah).Lepastu
tunggulah cat kering..senangkan…mana ada susah ahahahaha.
mini roller
No comments:
Post a Comment