5 CARA MUDAH MENGECAT
RUMAH
Assalamualaikum
semua…
Kali ni Abg Adi
nak share tips untuk mengecat rumah dengan mudah. Abg Adi yakin anda di luar sana mempunyai kepakaran dalam
mengecat kerana kerja mengecat ini memang mudah. Tapi ia juga mudah untuk kita melakukan
kesilapan semasa mengecat rumah. kesilapan yang sering berlaku semasa kita
mengecat selalunya warna tidak sama seperti dalam sampel, terlebih atau
terkurang cat, teknik mengecat yang salah dan lain lain lagi….
Baiklah mari Abg
Adi kongsikan 5 langkah permulaan yang kita perlu buat untuk mengecat rumah !
First thing
first!
1. Ruang rumah perlu dikosongkan!
Ruang kosong |
Kosongkan
ruang rumah bagi memastikan kerja mengecat dapat dilaksanakan dengan cepat dan
kemas. Jika anda tidak mengosongkan seperti perabot ia akan merumitkan anda
untuk mengecat kerana perabot perabot menghalang pergerakan semasa mengecat. Anda
juga perlu menutup dengan kain atau surat khabar daripada perabot terkena
dengan cat.
2. Guna Masking tape
Masker tape |
Masking
tape boleh cari di kedai hardaware. Kegunaan masking tape ini memudahkan anda semasa kerja pembersihan
setelah mengecat. Untuk mengelakkan kotoran pada bahagian bawah lantai, suis
plug, suis lampu dan tempat tempat yang tidak perlu dicat seperti tepi tepi
dinding atau pintu anda perlu tampal menggunakan masking tape. Ia dapat
memudahkan kerja anda dan tidak perlu membersihkannya lagi setelah mengecat.
3. Bersihkan habuk atau kotoran pada dinding
Dinding |
Jangan
malas bersihkan dinding rumah anda sebelum mengecat. Jika anda tidak membersihkan
habuk dahulu semasa mengecat roller atau berus cat akan melekat dan menjadi
berkerak pada dinding sewaktu sudah kering. Langkah ini sangat penting untuk
mengelakkan melekat habuk dengan cat apabila
mengecat.
4. Lapik lantai bawah
Lantai dilapik |
Kenapa
anda perlu lapik? Semasa mengecat biasa cat akan menitik ke bawah jika anda
pakai roller ia kan merecik jadi anda perlu melapik surat khabar atau apa apa
benda yang boleh digunakan untuk cat tidak menitik ke lantai.
5. Gunakan “Scrapper”
Scrapper |
Kebiasaanya
setelah mengecat dinding rumah pasti ada tompokkan kecil cat pada lantai. Kalau
tompokkan itu belum kering anda boleh menggunakan kain basah untuk
mengelapnya tetapi jika ia sudah kering anda perlu menggunakan scrapper
dengan hanya menolakkannya dan terus tanggal.