[INFO] – SENANG JE NAK CAT SEMULA PAGAR BESI YANG BERKARAT TU | OZOGROUP INFO TEAM

Percaya tak kalau Abg Adi cakap “senang je sebenarnya nak cat pagar besi yang dah karat ni”.Tak percaya? Meh sini Abg Adi ajarkan.Cat pagar besi yang dah berkarat ni tak susah pun..lagi menjimatkan duit adalah.Buat apa nak bazirkan duit upah orang sana sini semata-mata nak cat pagar yang dah berkarat tu nak oiii.Okay..kat sini Abg Adi akan bagi tahu step by step yang anda perlu buat untuk completekan task ni.Mula-mula, siapkan bahan atau keperluan apa yang mesti kena ada:


pagar besi yang berkarat


-Berus dawai
-berus
- mini roller
-cecair anti-karat
-cat primer
-cat biasa (ikutlah warna apa yang anda suka)
-cecair thinner
-kertas pasir

Okay..yang ni first step dia.First,berus pagar yang sudah berkarat tu dengan berus dawai.Berus sampai dah tak nampak sangat permukaan yang berkarat tu atau yang masih ada lagi warna cat yang lama.Tapi pastikan dulu tau pagar tu kering untuk mempermudahkan urusan memberus.Lepas tu..untuk memastikan pagar tu betul-betul licin tak ada karat dan warna cat lama,gunalah kertas pasir.Gosok betul-betul sampai nampak besi pagar yang asal (tanpa warna).Dah settle semua tu..bersihkan habuk-habuk atau sisa kotoran pada pagar itu semasa kerja menggosok yang dibuat tadi.
berus dawai untuk berus pagar yang berkarat


kertas pasir membantu melicinkan permukaan besi


Yang kedua, gunakan cecair anti-karat dan beruskan pada pagar yang sudah kita bersihkan tadi.Tujuan cecair ni adalah untuk menghalang besi agar tidak mudah berkarat.Bukan nak cakap sampai bila-bila tak akan berkarat…cuma masa yang diambil untuk besi tu karat nanti akan lama.Mungkin dalam 10 atau berbelas tahun baru karat.Lepas itu..biarkannya kering selama 2 jam.Dah lepas berus cecair anti-karat jangan lupa tau basuh berus tu cepat- cepat dalam air paip.


cat anti karat menghalang besi daripada berkarat pada waktu yang singkat


                Seterusnya,lepas dah tunggu selama 2 jam,beruskan pula pagar tu dengan cat primer.Tapi kena ingat ya,kalau anda pilih cat yang berwarna gelap maka pilihlah juga primer yang berwarna gelap dan begitu jugalah sebalikya.

primer digunakan untuk menghaluskan permukaan


 Langkah yang terakhir pula,setelah cat primer tu sudah kering,cat pula pagar dengan cat biasa.Cat pagar menggunakan mini roller dan berus yang bersaiz kecil(untuk berus bahagian celah-celah).Lepastu tunggulah cat kering..senangkan…mana ada susah ahahahaha.

mini roller


              Tapi Abg Adi nak beri peringatan kat sini,kalau nak buat aktiviti seperti ini,pilihlah hari dimana cuacanya bagus dan tak hujan.Sebabnya adalah, aktiviti yang melibatkan cat-cat ni memerlukan waktu pengeringan yang lama.Jadi,buat penat je dah cat..tak kering lagi..pastu hujan.Kan dah buang masa nak cat semula balik.Okay…sekadar itu je perkongsian pada hari ini.

[INFO] - MR DIY, SEPHORA PADA RAMAI LELAKI | OZOGROUP INFO MENARIK


MR DIY Ibarat Sephora Pada Lelaki

Siapa yang tak tahu mengenai kewujudan MR DIY di seluruh Malaysia, da nada kalanya kalau kita singgah disana, pasti akan terpukau dengan barangan yang disediakan. Jika dibincang isu kualiti, memang tak dinafikan jauh berbeza dengan kedai-kedai hardware diluar sana. Namun begitu, kemudahan serta kaedah mesra pelanggan yang dibuat amat menjadikan MR DIY pilihan ramai penggemar barangan berpatutan diluar sana.

gambar dari: apakes.com

Jadi tak salah jika MR DIY dianggap seperti Sephora pada abang-abang diluar sana kerana kelebihan yang anda bakal peroleh pasti membuatkan ramai yang gemar ke sini. Barangan dari keperluan hardware, sehingga sekecil-kecil barangan tandas semua serba lengkap disini

siapa yang tidak tahu MR DIY

Memang kegemaran ramai lelaki untuk hadir disini akan tetapi jika datang kesini, pastikan anda ada senarai barang yang ingin dibeli, kerana kerap kali datang tanpa senarai, bukan RM50 yang dibelanjakan, bahkan lebih lagi kerana banyak sangat tawaran harga menarik disini


[INFO] - KALAU RUMAH KERAP PANAS, WAJIB BACA INFO INI | SMART PERGOLA


[INFO 8] - Jenis Pergola dan Fungsinya

Pergola datang dalam pelbagai jenis serta fungsinya, jadi perkongsian mudah hari ini adalah berkenaan jenis-jenis pergola serta fungsinya. Diharapkan agar info yang dikongsi ini akan memberi sedikit pencerahan kepada anda agar anda dapat laksanakan projek renovasi atau upgrade akan datang

Solid poly dan kepelbagaian warna

Secara umumnya pergola ini adalah bumbung tambahan yang digunakan bagi tujuan teduh dan halangan daripada hujan. Kebiasaanya kita akan kerap memperoleh Poly jenis Clear. Poly ini mempunyai permukaan yang telus cahaya dan nampak terus. Ia terdiri daripada perlbagai warna dan jenis clear ini harganya dikategorikan yang murah.

Jenis Emboss poly seakan-akan frosted glass

Seterusnya adalah jenis Emboss adalah bahan Poly yang mempunyai permukaan seakan-akan berbatu. Permukaan pada Emboss ini mempunyai banyak faedah seperti menghalang cahaya daripada memasuki kawasan yang diteduh selain memberikan sedikit ruang privacy daripada orang luar.

Clear Poly dengan struktur yang kuat

Selain itu, jenis poly Aluminium Composite adalah bahan yang terbaik dalam semua poly kerana sifat ketahanan dan kekuatan Aluminium Composite adalah jauh lebih tinggi dibandingkan dengan yang lain. Jadi disebabkan semua kelebihan itu, Aluminium Composite juga adalah yang termahal dan anda boleh bincangkan harga tersebut sebelum membuat apa-apa keputusan

Aluminium Composite mampu mengurangkan tarikan haba

Jadi bergantung pada apa yang anda inginkan serta budget, kedua-dua mempunyai manfaat serta kelebihan tersendiri dan anda harus membuat pilihan yang bijak. Bertanya kepada kontraktor berkenaan apa sasaran pembuatan Pergola anda dan sedikit sebanyak mereka dapat mebantu anda dalam membuat pemilihan yang tepat

[INFO] - ALATAN HARDWARE DIRUMAH? WAJIB ADA | SMART METAL BY OZOGROUP


[INFO 7] - Machine Hardware Dirumah?

Pada abang-abang dirumah tu, mesti sukakan alat-alat hardware dirumah macam Cordless Screwdriver, Bench Saw, Torch Light dan lain-lain lagi. Kadang-kadang semudah torchlight pun sudah rasa macam boleh baiki semua bende, akan tetapi perlukah kita pada alat-alat tersebut atau cukup dengan alatan konvensional seperti screwdriver, gergaji dan lain-lain lagi.

Alatan hardware seperti Grinder Machine

Jadi ini sekadar perkongsian dan bukanya muktamad, jika anda ada komen atau perkongisan, silakan komenkan idea atau pendapat anda. Pada kami alatan hardware ini jika ada memudahkan, jika tidak ada maka tiada masalah juga.

Alatan hardware lain seperti Cordless Screwdriver

Contoh paling mudah Cordless Screwdriver, memang pada dasar alatan tersebut banyak membantu, akan tetapi tidak salah jika kita menggunakan alatan konvensional seperti screwdriver biasa kerana fungsinya sama akan tetapi harga untuk membelinya jauh berbeza

Pemotong besi seperti Hacksaw

Kehadiran alatan hardware ini pasti sedikit sebanyak membantu meringankan beban kita, dan jika anda mempunyai budget berlebihan tidak salah untuk memilikinya. Pendapat yang ingin dikongsikan, jika anda adalah jenis yang gemar DIY barangan rumah, maka alatan tersebut banyak membantu, jika tidak maka cukuplah pada yang asas sahaja

Screw Driver flat head yang biasa ada dirumah