[TIPS 6] - Persepsi Teduh,
Awning Atau Pergola?
Dalam
keadaan Negara Malaysia yang bercuaca panas dan hujan tidak menetu, pasti anda
pernah tertanya, mana yang patut anda lakukan dirumah anda, sama ada awning
atau pergola? Jadi topic yang dikira menarik patut dikupas untuk anda kali ini
Kelebihan awning, murah dan cepat dipasang |
Jadi sebelum pergi jauh mendalam, ingin dikongiskan dahulu apa itu awning dan pergola. Secara mudah, Awning adalah atap tambahan yang diperbuat daripada Zink. Berstrukturkan rangka besi dibahagian dalam, zink ini akan menjadi paying utama untuk memastikan hari-hari hujan anda lebih kering dan selamat untuk diduduki. Jika dibincangkan isu harga, maka Awning sememangnya murah dan berpatutan untuk dibuat, akan tetapi anda harus ingat bahawa ia akan menghasilkan bunyi yang agak kuat jika berlaku hujan
Contoh Smart Awning yang dipasang di Bangi |
Pergola
pula adalah bumbung tambahan yang kebiasaanya leper dan mempunyai tambahan
Polycarbonate atau plastic bagi tujuan mengurangkan panas dan mempunyai reka
bentuk yang lebih menarik dibandingkan Awning. Harus diingatkan bahawa harga
Pergola ini sedikit mahal akan tetapi kecantikan dan ketahananya harus juga
diberi perhatian
Pemasangan Smart Pergola lebih kemas dan sekata |
Berbalik
pada isu sebenar, mana yang lagi berbaloi Awning atau Pergola? Sememangnya
pergola menjadi buruan ramai yang ingin menjalankan projek renovasi dirumah dan
jika anda berada dalam lingkungan budget yang ketat, maka Awning boleh menjadi
sasaran seterusnya kerana reka bentuknya yang mudah serta harga jauh lebih
murah pasti anda akan mendapat hasil yang hamper sama dengan Pergola
Lebih menarik dengan reka bentuk yang pelbagai |