5 CARA MUDAH MENGECAT RUMAH


5 CARA MUDAH MENGECAT RUMAH

Assalamualaikum semua…
Kali ni Abg Adi nak share tips untuk mengecat rumah dengan mudah. Abg Adi yakin  anda di luar sana mempunyai kepakaran dalam mengecat kerana kerja mengecat ini memang mudah. Tapi ia juga mudah untuk kita melakukan kesilapan semasa mengecat rumah. kesilapan yang sering berlaku semasa kita mengecat selalunya warna tidak sama seperti dalam sampel, terlebih atau terkurang cat, teknik mengecat yang salah dan lain lain lagi….
Baiklah mari Abg Adi kongsikan 5 langkah permulaan yang kita perlu buat untuk mengecat rumah !

First thing first!
1.     Ruang rumah perlu dikosongkan!


Ruang kosong 

Kosongkan ruang rumah bagi memastikan kerja mengecat dapat dilaksanakan dengan cepat dan kemas. Jika anda tidak mengosongkan seperti perabot ia akan merumitkan anda untuk mengecat kerana perabot perabot menghalang pergerakan semasa mengecat. Anda juga perlu menutup dengan kain atau surat khabar daripada perabot terkena dengan cat.







2.     Guna Masking tape
Masker tape

Masking tape boleh cari di kedai hardaware. Kegunaan masking tape ini  memudahkan anda semasa kerja pembersihan setelah mengecat. Untuk mengelakkan kotoran pada bahagian bawah lantai, suis plug, suis lampu dan tempat tempat yang tidak perlu dicat seperti tepi tepi dinding atau pintu anda perlu tampal menggunakan masking tape. Ia dapat memudahkan kerja anda dan tidak perlu membersihkannya lagi setelah mengecat.




3.     Bersihkan habuk atau kotoran pada dinding

Dinding 

Jangan malas bersihkan dinding rumah anda sebelum mengecat. Jika anda tidak membersihkan habuk dahulu semasa mengecat roller atau berus cat akan melekat dan menjadi berkerak pada dinding sewaktu sudah kering. Langkah ini sangat penting untuk mengelakkan melekat habuk dengan cat  apabila mengecat.  



4.     Lapik lantai bawah

Lantai dilapik 

Kenapa anda perlu lapik? Semasa mengecat biasa cat akan menitik ke bawah jika anda pakai roller ia kan merecik jadi anda perlu melapik surat khabar atau apa apa benda yang boleh digunakan untuk cat tidak menitik ke lantai.



5.     Gunakan “Scrapper”
Scrapper 

Kebiasaanya setelah mengecat dinding rumah pasti ada tompokkan kecil cat pada lantai. Kalau tompokkan itu belum kering anda boleh menggunakan kain basah untuk mengelapnya tetapi jika ia sudah kering anda perlu menggunakan scrapper dengan hanya menolakkannya dan terus tanggal.




3 TIPS MUDAH MENJAGA AUTO GATE ANDA



3 TIPS MUDAH MENJAGA AUTO GATE ANDA

Pada zaman kini, kebanyakkan orang di luar sana memilih system Auto gate untuk rumah mereka. Auto gate sudah menjadi satu keperluan yang sangat penting pada hari ini. Dengan menggunakan system auto gate terdapat banyak kelebihan apabila kita menggunakannya.
 Antaranya ialah, memudahkan kita membuka dan menutup gate sewaktu hujan, mempercepatkan kita menutup dan membuka gate serta keselamatan kediaman rumah kita selamat dan juga dapat mengelakkan dari apa apa yang buruk berlaku kepada keluarga kita.
Ha mesti anda ingin tahu macam mana auto gate rumah anda tahan lama?
Mari Abg Adi kongsikan!




CARA PENJAGAAN AUTO GATE ANDA!

1.      Pastikan pagar rumah anda buka sepenuhnya

Jangan ambil mudah dengan perkara ini kerana apabila anda membuka ia boleh terjadi gate anda itu terhenti dengan sendirinya. Pergerakkan gate kita tidak akan dijangka pagar akan terhenti secara tiba -tiba. Oleh itu, anda perlu berhati hati dengan perkara ini. Ini kerana, ia akan berlaku pelanggaran di pagar sewaktu anda ingin undur kenderaan kerana tidak berhati hati dengan persekitaran. Kita juga dapat mengelakkan kemalangan yang berlaku .

2.     Biarkan pagar berhenti dengan sendiri ketika tekan remote atau Control panel dalam rumah

Sangat penting kita biarkan auto gate buka atau tutup dan berhenti dengan sendiri supaya pagar kita akan tahan lama. Selepas anda menekan butang remote anda perlu tunggu sekejap dan biarkan auto gate buka atau tutup dengan sendirinya.  Ia dapat mengurangkan risiko mudah rosak pada gear arm dan control board.

3.     Sentiasa membuat simple check up  sebulan sekali
Kita sangat digalakkan supaya melakukan check back-up battery sama ada ia berfungsi ataupun tidak. Mesti anda tertanya tanya ”bagaimana nak check?”
Senang je , anda perlu matikan suis (DB dalam rumah) selepas itu, on suis elektrik macam biasa gunakan auto gate. Dengan langkah ini, auto gate anda sedang menggunakan tenaga daripada back-up battery di dalam control box.
Apabila pergerakkan auto gate anda perlahan ini kerana battery back-up anda lemah.

Itu sahaja perkongsian daripada saya semoga bermanfaat kepada semua yang membaca ini.
Sekian, Terima Kasih.



























3 Tips Penjagaan Alatan Besi Anda

3 Tips Penjagaan Alatan Besi Anda


PENJAGAAN KUALI BESI


Periuk atau kuali 


Kuali yang mudah berkarat disebabkan tempat penyimpanan yang salah. Elakkan daripada menyimpan kuali di kawasan yang terdedah. Selepas membasuh kuali pastikan lap permukaan kuali sehingga kering. Untuk menyuci kuali gunakan sabun dengan air sahaja. Jika terdapat kerak, elakkan mengikis dengan sudu, pisau atau garfu guna sponge kasar untuk menghilangkan kerak makanan yang terlekat. Diinigatkan sekali lagi jangan biarkan kuali kering dengan sendiri. Kebiasaan mereka selalunya selepas membasuh kuali mereka akan biarkan ia kering sendiri ini akan berlaku karat pada kuali. Jadi para wanita dan ibu ibu di luar sana kalau periuk atau kuali anda sudah berkarat… jangan risau anda perlu sapukan minyak pada bahagian permukaan kuali atau periuk rumah anda dan panaskan didalam ketuhar dalam suhu panas yang serdahana. 15-20 minit dibiarkan sebelum menyimpannya.



PENJAGAAN PAGAR RUMAH


Pagar Rumah 


Cara pencagaan pagar rumah anda:
1.      Mengecat semula
Salah satu cara mudah ialah mengecat semula pagar yang telah berkarat. Guna cat yang mengandungi anti karat.
2.     Minyak
Minyak dapat mencegah proses oksidasi. Ini dapat mengelakkan air hujan melekat di pagar yang lama kelaman akan menjadi karat.
3.     Air bersoda
Mesti pelikkan air soda boleh hilang karat. Ia ini  sangat menjadi air soda  atau minuman bersoda merupakan alternatif yang boleh digunakan untuk membasmi karat. Caranya sangat mudah. Siram air soda ke tempat yang berkarat, dibiarkan beberapa saat, dan guna kain lap yang kering atau sabut kawat untuk menggosok bahagian yang sudah disiram dengan air soda. Karak akan hilang dengan sendirinya.



PENGGUNAAN ALuMINIUM

Pembungkus Aluminium 

Pembungkus aluminium atau kertas timah adalah bahan yang digunakan untuk bertindak balas secara kimia dengan karat. Dengan aluminium karat akan mudah hilang tanpa berlaku calar pada permukaan besi kerana aluminium yang lembut. Bersihkan tempat yang berkarat menggunakan air sabun ini memudahkan kita mengesan bahagian yang berkarat.

Kemudian celupkan kepingan aluminium ke dalam air yang ditambah garam kerana air masin mempercepatkan proses penyingkiran karat.  Gosok perlahan pada bahagian yang berkarat dengan menggunakan kepingan aluminium dan ulang proses sehingga karat hilang




[INFO] – SENANG JE NAK CAT SEMULA PAGAR BESI YANG BERKARAT TU | OZOGROUP INFO TEAM

Percaya tak kalau Abg Adi cakap “senang je sebenarnya nak cat pagar besi yang dah karat ni”.Tak percaya? Meh sini Abg Adi ajarkan.Cat pagar besi yang dah berkarat ni tak susah pun..lagi menjimatkan duit adalah.Buat apa nak bazirkan duit upah orang sana sini semata-mata nak cat pagar yang dah berkarat tu nak oiii.Okay..kat sini Abg Adi akan bagi tahu step by step yang anda perlu buat untuk completekan task ni.Mula-mula, siapkan bahan atau keperluan apa yang mesti kena ada:


pagar besi yang berkarat


-Berus dawai
-berus
- mini roller
-cecair anti-karat
-cat primer
-cat biasa (ikutlah warna apa yang anda suka)
-cecair thinner
-kertas pasir

Okay..yang ni first step dia.First,berus pagar yang sudah berkarat tu dengan berus dawai.Berus sampai dah tak nampak sangat permukaan yang berkarat tu atau yang masih ada lagi warna cat yang lama.Tapi pastikan dulu tau pagar tu kering untuk mempermudahkan urusan memberus.Lepas tu..untuk memastikan pagar tu betul-betul licin tak ada karat dan warna cat lama,gunalah kertas pasir.Gosok betul-betul sampai nampak besi pagar yang asal (tanpa warna).Dah settle semua tu..bersihkan habuk-habuk atau sisa kotoran pada pagar itu semasa kerja menggosok yang dibuat tadi.
berus dawai untuk berus pagar yang berkarat


kertas pasir membantu melicinkan permukaan besi


Yang kedua, gunakan cecair anti-karat dan beruskan pada pagar yang sudah kita bersihkan tadi.Tujuan cecair ni adalah untuk menghalang besi agar tidak mudah berkarat.Bukan nak cakap sampai bila-bila tak akan berkarat…cuma masa yang diambil untuk besi tu karat nanti akan lama.Mungkin dalam 10 atau berbelas tahun baru karat.Lepas itu..biarkannya kering selama 2 jam.Dah lepas berus cecair anti-karat jangan lupa tau basuh berus tu cepat- cepat dalam air paip.


cat anti karat menghalang besi daripada berkarat pada waktu yang singkat


                Seterusnya,lepas dah tunggu selama 2 jam,beruskan pula pagar tu dengan cat primer.Tapi kena ingat ya,kalau anda pilih cat yang berwarna gelap maka pilihlah juga primer yang berwarna gelap dan begitu jugalah sebalikya.

primer digunakan untuk menghaluskan permukaan


 Langkah yang terakhir pula,setelah cat primer tu sudah kering,cat pula pagar dengan cat biasa.Cat pagar menggunakan mini roller dan berus yang bersaiz kecil(untuk berus bahagian celah-celah).Lepastu tunggulah cat kering..senangkan…mana ada susah ahahahaha.

mini roller


              Tapi Abg Adi nak beri peringatan kat sini,kalau nak buat aktiviti seperti ini,pilihlah hari dimana cuacanya bagus dan tak hujan.Sebabnya adalah, aktiviti yang melibatkan cat-cat ni memerlukan waktu pengeringan yang lama.Jadi,buat penat je dah cat..tak kering lagi..pastu hujan.Kan dah buang masa nak cat semula balik.Okay…sekadar itu je perkongsian pada hari ini.

[INFO] - MR DIY, SEPHORA PADA RAMAI LELAKI | OZOGROUP INFO MENARIK


MR DIY Ibarat Sephora Pada Lelaki

Siapa yang tak tahu mengenai kewujudan MR DIY di seluruh Malaysia, da nada kalanya kalau kita singgah disana, pasti akan terpukau dengan barangan yang disediakan. Jika dibincang isu kualiti, memang tak dinafikan jauh berbeza dengan kedai-kedai hardware diluar sana. Namun begitu, kemudahan serta kaedah mesra pelanggan yang dibuat amat menjadikan MR DIY pilihan ramai penggemar barangan berpatutan diluar sana.

gambar dari: apakes.com

Jadi tak salah jika MR DIY dianggap seperti Sephora pada abang-abang diluar sana kerana kelebihan yang anda bakal peroleh pasti membuatkan ramai yang gemar ke sini. Barangan dari keperluan hardware, sehingga sekecil-kecil barangan tandas semua serba lengkap disini

siapa yang tidak tahu MR DIY

Memang kegemaran ramai lelaki untuk hadir disini akan tetapi jika datang kesini, pastikan anda ada senarai barang yang ingin dibeli, kerana kerap kali datang tanpa senarai, bukan RM50 yang dibelanjakan, bahkan lebih lagi kerana banyak sangat tawaran harga menarik disini


[INFO] - KALAU RUMAH KERAP PANAS, WAJIB BACA INFO INI | SMART PERGOLA


[INFO 8] - Jenis Pergola dan Fungsinya

Pergola datang dalam pelbagai jenis serta fungsinya, jadi perkongsian mudah hari ini adalah berkenaan jenis-jenis pergola serta fungsinya. Diharapkan agar info yang dikongsi ini akan memberi sedikit pencerahan kepada anda agar anda dapat laksanakan projek renovasi atau upgrade akan datang

Solid poly dan kepelbagaian warna

Secara umumnya pergola ini adalah bumbung tambahan yang digunakan bagi tujuan teduh dan halangan daripada hujan. Kebiasaanya kita akan kerap memperoleh Poly jenis Clear. Poly ini mempunyai permukaan yang telus cahaya dan nampak terus. Ia terdiri daripada perlbagai warna dan jenis clear ini harganya dikategorikan yang murah.

Jenis Emboss poly seakan-akan frosted glass

Seterusnya adalah jenis Emboss adalah bahan Poly yang mempunyai permukaan seakan-akan berbatu. Permukaan pada Emboss ini mempunyai banyak faedah seperti menghalang cahaya daripada memasuki kawasan yang diteduh selain memberikan sedikit ruang privacy daripada orang luar.

Clear Poly dengan struktur yang kuat

Selain itu, jenis poly Aluminium Composite adalah bahan yang terbaik dalam semua poly kerana sifat ketahanan dan kekuatan Aluminium Composite adalah jauh lebih tinggi dibandingkan dengan yang lain. Jadi disebabkan semua kelebihan itu, Aluminium Composite juga adalah yang termahal dan anda boleh bincangkan harga tersebut sebelum membuat apa-apa keputusan

Aluminium Composite mampu mengurangkan tarikan haba

Jadi bergantung pada apa yang anda inginkan serta budget, kedua-dua mempunyai manfaat serta kelebihan tersendiri dan anda harus membuat pilihan yang bijak. Bertanya kepada kontraktor berkenaan apa sasaran pembuatan Pergola anda dan sedikit sebanyak mereka dapat mebantu anda dalam membuat pemilihan yang tepat